Friday, May 15, 2009

xdela ak kena tggu posmen lagi ari2

Posted by cutiefasha at 9:46 AM

PEMBERITAHUAN


Sukacita dengan ini dimaklumkan bahawa calon-calon yang berjaya menerima tawaran Biasiswa Persekutuan JPA akan mendapat tajaan bermula dari peringkat persediaan sehingga tamat pengajian di peringkat Ijazah Pertama jika mematuhi segala syarat yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Syarat Penajaan / Perjanjian.


Dengan ini dimaklumkan juga bahawa surat tawaran penajaan Biasiswa Persekutuan JPA akan dihantar mulai 16 Mei 2009 melalui pos laju kepada calon-calon yang berjaya secara berperingkat selewat-lewatnya dalam tempoh satu (1) minggu sebelum tarikh pendaftaran di pusat-pusat persediaan. Tarikh pendaftaran di pusat-pusat persediaan bagi calon-calon yang telah menerima tawaran biasiswa adalah seperti berikut:-

1. Program Ijazah Luar Negara (PILN) : 23 Jun 2009 hingga 14 Julai 2009
2. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) :
a) Asasi di IPTA – 23 Mei 2009 dan 28 Jun 2009
b) IPTS – 30 Mei 2009 hingga 10 Ogos 2009


Dalam surat tawaran tersebut akan menyatakan negara pengajian dan tarikh pendaftaran di pusat persediaan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) akan dinyatakan IPTS yang ditawarkan dan tarikh pendaftaran bagi program persediaan.


Taklimat mengenai penajaan Biasiswa Persekutuan JPA akan diadakan selepas calon-calon mendaftar di pusat-pusat persediaan.



Sekian, dimaklumkan.


****ps: seb baik

0 comments:

LinkWithin

 

♬ ♪♪ Deeper Conversation ♬ ♪♪ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review