Tuesday, February 19, 2013

Reading Week 2013

Posted by cutiefasha at 6:52 PM 0 comments Links to this post
Alhamdulillah, one week off from school is finally here. Nama je off, tapi assignment banyak tak hengat. Takpe, one more year and I'll be holding my own degree. Anyways, last week was a great one. Bought my tickets home already, and my birthday is in two days. I'm a happy girl ^^

Also, last Saturday jugak we went to Buffalo Fashion Outlet, and I bought myself my birthday present. Konon. Penat keluar masuk keluar masuk kedai cari apa yang berkenan di hati. Tak tahu kenapa, tapi seronok sangat pegi Buffalo kali ni. Eventhough quite terkilan sebab tak dapat spent banyak time dengan kak Hani, tapi alhamdulillah dapat berjimba sakan dengan rakan-rakan Missi. Rindu korang semua dah :(

Sepanjang kat sana macam-macam suka duka, eventhough it's a one-day trip. The weather was PMS-ing, kejap panas kejap snow, kejap hujan, kejap snowstorm.Trauma sikit lah dengan pengalaman tu, tapi nasib baik semua selamat.



Enjoy the video I made sepanjang 3 days 2 nights kat sana. Will be meeting everyone soon this weekend, insya Allah :)



Sunday, February 10, 2013

Perihal salji

Posted by cutiefasha at 6:13 PM 0 comments Links to this post
Feb 8, hari yang sangat bermakna for us di Toronto. Snow turun mencurah curah tanpa ada tanda nak berhenti. Ala-ala hujan lebat musim tengkujuh. Hari tu hari Jumaat. Alhamdulillah sejak bermulanya semester baru ni, setiap Jumaat kami buat gathering dengan rakan rakan Muslimah, buat sedikit pengisian rohani sekadar mampu. Seperti yang dirancang, minggu Feb 8 tu pulak janji nak buat di rumah senior kami. Lokasi yangagak jauh sebenarnya. Tapi demi janji, dan demi "the seeking of knowledge" kami gagahkan diri bergerak ke sana. Salji setinggi lutut ni. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat pulang. Ada hikmah buat usrah jauh jauh. Kalau tak, tak dapat main salji. Bila hati dah kurang merungut perihal salji lebat, dan dan tu rasa Subhanallah, cantik sangat salji ni. Putih, gebu. Takdelah sejuk sangat kalau dah lama-lama main dengan salji tu. Erm, mesti rindu betul dengan suasana macam ni nanti. Tetiba rasa alangkah bagusnya kalau dapat dilambatkan waktu. Berdebar nak habis pengajian Undergrads ni. Lepas tu, tak tahu lagi arah tuju hidup semua kan. Tapi...



Bila tengok video ni sepuluh tahun akan datang, mesti terubat rindu. Mungkin lepas nangis sikit-sikit ah kot :)




Soundtrack yang dipilih bertajuk 22, by Taylor Swift. Lagu dalam her latest album. Sesuai pulak dengan suasana sekarang ni. Almaklumlah diri ini bakal masuk group "duadua" lagi 10 hari. Tak sabar. Tapi "hadiah" hari lahir dah banyak menanti. Nama je cuti seminggu, tapi lepas tu merana study/buat assignment. Takpelah, Allah dah janjikan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ada betulnya pepatah tu.

Insya Allah. Selepas hujan, akan ada pelangi :)

LinkWithin

 

♬ ♪♪ Deeper Conversation ♬ ♪♪ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review