Friday, April 29, 2011

My "Adventurous" Ride at Centre Island

Posted by cutiefasha at 12:29 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum,

Dah malam sangat ni. Esok nak kena bangun awal pegi Niagara Falls. So, tak boleh citer bebanyak. Nah, tengok je dulu video ni :





Wednesday, April 27, 2011

SERATAS 23

Posted by cutiefasha at 3:10 PM 0 comments Links to this post



Sayu hati tengok video ni balik. Teringat-ingat kenangan manis, pahit, tawar, masin, semualah. Bila nak jumpa lagi dengan korang semua? Please please buat reunion JOM tahun ni...hehe

Teringat lagi, masa hari last kat tengah asrama tu, budak pompuan form five semua buat bulatan and salam masing-masing. Dah habis salam ukhwah tu semua, kat BG pasang pulak lagu Memori Tercipta. Memang pakat nyanyi ramai-ramai sambil nangis. Wahhh, tak dapat kulupa....

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

[Memori Tercipta lirik on http://lyricsmusicvideo.blogspot.com ]

ps: banyak gak gambar dari kamera aku dalam video tu. Tu pasal gambar aku pun boleh tahan banyak jugakk...tah bila dorang ambik gambar2 tu pun entahlah. rasanya ni zaman-zaman friendster lah kot. time sekolah menengah mana ada main fesbukk...=p







Oddee.Com

Posted by cutiefasha at 12:46 AM 0 comments Links to this post
Antara amazing stuff yang aku jumpa harini:

Book Bed

Smart kot katil cenggini...Sambil blaja,study gak lah kengkononnn...=P




Roller Coaster Bed

Oh, NO NO...Fobia dengan roller coaster even tak pernah naik pun.Baru naik bot pusing ala-ala manja kat Amusement Park pun aku boleh pening...kalau tido kat katil ni, confirm NIGHTMARE....



 Animal House Monkey Peeler

AWWW cuteee....

The orange monkey peeler ($14.20) is king of the kitchen with his swivel blade stainless steel peeler, built in eye remover for potatoes.



Actually macam-macam lagi benda cool kat website ni...Bosan-bosan memang worth it jugak kalau dok menghadap benda pelik-pelik ni...

CHECK IT OUT HERE: Oddee.Com 

Day 16- Another picture of yourself

Posted by cutiefasha at 12:31 AM 0 comments Links to this post


Event Raya bersama CMA..

Day 15- A picture of younger you

Posted by cutiefasha at 12:29 AM 0 comments Links to this post
Mari kita lihat kronologi gambar gambar ku. Ni pun yang ada dalam facebook je lah.

4 years old 

5 years old @ my birthday party

9 years old @ kenduri kahwin Cik Nai and Cik Nida

12 years old @ Hari Anugerah Cemerlang SK Meth ACS Sitiawan

15 years old @ dalam bus menuju ke Politeknik Ungku Omar Ipoh (class field trip)


16 years old @ dalam dewan besar SERATAS

17 years old @ Hari-hari terakhir persekolahan

18 years old @ First Sem at Taylor's College

19 years old @ Second semester at Taylor's

19 years old @ Graduation Day at Taylor's

And here I am, 20 years old @ Harbour Front, Toronto ON

HOW TIME FLIES

I miss the old me...=)

Day 14- A picture of you and your family

Posted by cutiefasha at 12:09 AM 0 comments Links to this post





I love both pictures.

I am blessed to have such a supportive family, who would do anything for me, and I promise, to never break their heart. I will study hard until I get my degree and make my PARENTS proud.

Another 8 days to go until my another journey back home, for a long, awaited vacation. I will make full use of this summer break, as I might not be able to spend 4 straight months in Malaysia for next years (i'm planning to take summer school + holiday all over the world).

I LOVE YOU MAMA AYAH ADIK *heart*

Saturday, April 23, 2011

Keindahan Matematik....Subhanallah

Posted by cutiefasha at 3:12 PM 1 comments Links to this post


Cakap pasal Math, aku lama dah kot tinggal Math ni. Last sekali form five lah. Cuma sekarang ni buat math tambah tolak darab bahagi sebab aku pegang duit rumah and nak buat montly budget. Tapi, lepas baca satu notes menarik ni kan facebook, rasa alangkah ruginya aku dah tinggal subject Math. Rindu pulak nak bertungkus lumus guna formula buat soalan Add Math...Paling-paling kitorang dalam kelas Econs buat jugak lah kira-kira, tapi mostly dah hafal jalan kerja, and nombor pun sama je. Menghafal sajelahhhh...

Tengok ni:


---------------------------------------------------------------------------------


1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321



1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888


Hebatkan?


Dan cuba lihat simetri ini:



1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Sekarang tengok ini



101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.



Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.



Jika:
KERJA KERAS


11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%


H-A-R-D-W-O-R- K


8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%



Dan:
Knowledge


11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%



Serta
SIKAP


19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%



Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E


1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.


Tapi


LOVE OF GOD


12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%


atau


SAYANG ALLAH



19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%


------------------------------------------------------------------------------------------------------

WOW HEBAT BUKAN??

Original post:  Click here Facebook Page

Day 13- Things that u hate the most

Posted by cutiefasha at 2:57 PM 1 comments Links to this post

Wokeh, dah sampai day 13. Topic ni cam menarik je. Baiklah, mari kita discuss about hate-d stuffs alright!

1. Ghost story

Aku memang tak boleh tengok movie/drama/iklan/poster or ape-ape ar berkaitan ngan cite hantu. Takuttt.... First time tengok secara terpaksa ialah citer Ju-On. Ayoyo. Takut kot. Time tu kat sekolah, pastu ada tayangan la kat dewan besar kan....free night hari Sabtu. Tup tup dorang tayang cite Ju-On. Nak balik asrama takut pulak rasanya nak jalan sorg2 malam dari dewan ke aspuri, berlatarbelakangkan bunyi jeritan dari dewan pulak tu. Kawan-kawan semua nak stay sebab best katanya filem Ju-On ni. Apa yang bestnya aku pun tak tahu. Merangkak-rangkak je lebih. Fyi, sepanjang lebih kurang dua jam tu, memang aku duk menghadap belakang je.

Macam ni la kot...


Tapi ada gak satu scene tu aku tertengok pulak lah Ju-On tu. Malam tu tak boleh tido dowh. Rasa nak nangis takut. Tapi after that ada jugakla beberapa kali terpaksa tengok jugak sebab orang ajak, tapi rasanya tak la chronic macam tengok ju-on. Tengok citer Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 pun, boleh tahan lagi la. Tak takut, cuma banyak terkejut.

Ada satu je cite Hantu yang aku berani tengok sorang-sorang. Waktu malam pun takpe. Ada berani punya.
Filem itu ialah:





















HANTU Kak Limah Balik Rumah.....hehe





2. Lipas

Second thing, aku paling tak suka lipas. Actually masa mula-mula tak lah benci. Cuma tak suka lah sebab lipas kan macam kotor, pastu eiii gelilah. Geli sebab itu ada lah lipas. Nak tulis perenggan ni pun geli geleman dah eiiiii.... Tapi nak dijadikan cerita, masa kat Casa dulu, rumah kitorang kena serangan lipas. Banyak GILA. Siap panggil pest control lagi. Aku pulak pernah la TERbukak kotak kosong bawah kabinet dapur tu, pastu MAK AIII, banyak gila lipas beranak pinak dalam tu. Laju je semua keluar dari kotak. Memang aku pun jerit bagai nak rak lompat atas kerusi la, takut punya pasal. Haish, memang tak boleh lupa la seminggu lipas terbang bermaharajalela dalam rumah...EYYY....






3. Lipat baju

Ye, saya mengaku saya perempuan sejati, cuma tak suka lipat baju haha. Basuh baju, no hal. Masuk dalam washer, pastu dryer, siap. Tapi bab nak lipat sikit punya malaih lah. Rasa nak sangkut je semua baju kan senang. Tunggulah kalau ada wardrobe/closet besar punya, akan ku gantung saja semua baju-baju ku itu muahaha...







4. Kena Geletek


Ish tak suka tau kena geletek ni. Perasaan dia memang tak digambarkan. Bukan sakit, bukan pedih, tapi memang penat la nak mengelak, nak gelak, bila kena geletek non-stop. Korang pernah rasa tak? Orang yang paling suka geletek aku ialah adik. Adoyy, memang rasa nak nangis pun boleh bila kena serangan geletek tau tak. Tapi tak boleh nangis sebab tengah gelak. Nampak tak betapa complicated nye situasi itu. =.='








5. Lari/Jogging/Marathon/Merentas Desa

Aku pantang la bila ada pertandingan lari-lari ni kalau kat sekolah dulu. Tambah tambah bila time before Hari Sukan kan ada buat something like Sukaneka, Sukan ape tah, lupa lah dorang panggil ape. Tapi masa tu semua orang wajib lari 100m, lontar peluru, dengan lompat jauh. Nak kumpul mata untuk rumah lah. Untuk hari sukan betul-betul baru pilih wakil rumah kan. So time ni memang tak boleh nak mengelak sebab cikgu ada senarai nama, Kang ponteng kena demerit lak. Saya kan pelajar yang menurut perintah *wuek!!*


Tapi selalunya kalau lari jauh-jauh tu memang aku berjaya mengelak. YES! Sepanjang lima tahun kat sekolah, sekali je aku lari merentas desa. Lagi empat tahun aku jaga checkpoint, even aku bukan PBSM. Pandai-pandai lah aku merayu kat cikgu2 yang baik ngan aku untuk bagi keje hari merentas desa tu. Kalau ada latihan merentas desa pegilah jugak sebab dapat keluar sekolah, pusing-pusing taman tasik. Lagipun time tu semua orang jalan lenggang kangkung je, so best la and tak malu kalau sampai last hahahaha!!




Sekolah kami best la jugak sebab merentas "desa" nya kat taman tasik. Tak payah nak redah kampung, pijak lumpur, lompat longkang semua tuh. Cuci mata je tengok pemandangan indah *cewah*....tu pun aku malas nak lari....hihi







Jadi, tu je la kot antara benda I hate the most. Actually banyak lagi tapi tak molek nak diceritakan di sini...haha


p/s: i don't like cat either. Maybe tak masuk category "hate" tapi still tak suke. Eyy no no. Senang cakap i'm not animal hugger. Sekian terima kasih!*meow*

Friday, April 22, 2011

Day 12- How you found out about Blogger and why you made one

Posted by cutiefasha at 1:11 PM 0 comments Links to this post
How you found out about Blogger?


Err, sebab ini yang free kot. Lagipun dulu masa sekolah menengah suka baca blog sultanmuzzaffar. Tagline dia : Dari kaca mata seorang Sultanmuzzafar. Time tu dia pakai domain blogspot je. Tah bila dia tukar dot com pun tak sedar. Memang terbaik lah blog dia dulu. Memang tak penah tak baca. Tapi sekarang dah lama tinggal sebab content dia dah tak menepati citarasa. Sorry =.=''

So, tu yang tau ada blogspot, and rasa nak buat satu blog jugaklah!!

Why you made one?


Rasa ada tulis kat first blog post. Kena check balik lah...... Jap jap!

Ok, DAH jumpe....ni sedutan post pertama-ku....wah wah~~


NOSTALGIA letteww...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------



matrik's life



Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nama:FARAH SYAZWANI BT HAYROL AZIZ
No Kad Pengenalan:91022113####
Program Pengajian :PROGRAM SATU TAHUN
Kursus:M001-SAINS
Nama kolej:17-KOLEJ MATRIKULASI PERAK (KMPk)
Tarikh Mendaftar:11 MEI 2009








alhamdulillah

dapat matrik perak

sambungan click sini


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Eh eh, macam salah je. Bukan ni lah my first post kat blog ni. Seriously bukan. Tapi kan, ni je oldest post jumpe kat dashboard. Memang boleh hilang ek post lama? Tak paham lah nape....

Now, back to the topic, pasaipa aku dok buat blog ni? That was years back, and i am still blur till now. Maybe before, i wrote in this blog sebab i did love to write. Back in primary school, if i am not mistaken, Darjah 5 kot, one of my Malay teacher told me: "Karangan Farah macam budak tingkatan tiga. Bagus."

So, that time rasa seronok sangat. Passion menulis pun membuak-buak. 

Masuk sekolah menengah, pun rasa sama. Kalau part karangan time PMR ke, SPM dulu memang tak pernah dapat kurang dari A. Even dapat 80 pun sedih babe. Tu yang BM. Kalau karangan Eng tu tak kurang hebatnya. *terhidu nada-nada riak* Pun alhamdulillah, sejak darjah 6, berjaya maintain rekod A untuk paper English sampai form five. 

Tapi sekarang?

Kalau dapat assignment tulis 1500 words, alamatnye nak dapat 1000 pun kadang-kadang susah. High expectations la, nak cite lagi, tambah research. Dan juga mungkin penguasaan bahasa inggeris sudah berkarat tunggu reput. Bahasa Melayu formal lagilah, tinggal lama dah sejak form five. Dah kata belajar kat private college, lecturer Canadian pulak, mana ada nak tulis karangan BM dah...Sedih jugak sebab Bahasa Jiwa Bangsa kan....

Itu yang jadinya bila nak emel kat JPA tulis BM dah mcm tulis essay french time DELF A1 tuuuu...Dgn tatabahasa berterabur apekebagai, yang penting maksud sampai sudah. 

Kesimpulan: Konon konon blog ni dulu buat start 2009 sebab minat menulis. Titik noktah. Baru nak jawab soalan...hahahaha!



p/s: Dok layan Maharaja Lawak tanpa henti!!

LinkWithin

 

♬ ♪♪ Deeper Conversation ♬ ♪♪ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review