Tajuk nak best je. Tak de lah percutian sangat pun ekceli. Asalnya aku nak pegi Taiping sebab Azizah cuti. Saja tunggu dia supaya dapat jenjalan ramai2 sikit. Then, plan punya plan, berhari hari meeting, last last dorang datang sini pulak. (Read: Dorang = Wanie, Amirah, Azizah, Ain, Shafiq) Plan asal: Datang awal pagi, mandi laut, kemudian pulang semula ke Taiping petang or malam tu.
Jadinya: Ni la Chapter One of our mini vacation together as a group. Mandi laut @ Teluk Batik.
|
Yang mandi sebenarnya Shafiq ngan Mirah je. Azizah ngan Wanie harap main ombak je kat tepi tepi tu. Aku lagi la, baju pun tak basah heee heee :) |
|
Ni dia mak kitorang.....tukang jaga barang la sebenarnya. Dia takmo mandi!! |
|
Mesyuarat tergempar disaksikan ombak bergelora. |
Then lepas mesyuarat tu, semua plan jadi tunggang terbalik. Finally, semua tido umah aku. Wooo best gila. Termasuk ngan shafiq sekali join. Kat rumah nnt da pesan Shafiq kena kurung dalam bilik je takbley kuar haha!!
Chapter Two: Kitorang decided nak karok pulak. Sampai sampai dah pukul 10 malam. Ambik dua jam je, nyanyi la puas puas. Ratu nyanyi sape lagi, Ain lah. Aku pun nyanyi tak sedar diri jugak hehe. Bila Amirah nyanyi je, semua pakat nak lena haha. Lawak lawak!!
|
posing itu perlu! |
|
duet nyanyi lagu Fireworks kot. berjaya gak habiskan. before this nyanyi dengan adik, tak sempat habis pun dah semput adehhh... |
|
Mirah stress, Azizah feeling habis! |
|
Ain seperti biasa : Penghayatan penting ye! |
Lepas Karaoke, ayah belanja semua orang pekena mamak satu!! Balik rumah pukul 1 lebey, gelak gelak tengok tv, last last pukul 3 pagi baru tido.
The End of 1st day.
0 comments:
Post a Comment