A very TOUGH + LONG week for me. So, hope this video can tell u more. I JUST CAN'T.
sad sad sad sad sad sad sad sad sad
i just hope that u'll understand
try to be compromised
please...
just for ONCE.
thinks about others as well......
can you?
Kisah Gula-gula, Penjual Gula-gula, dan Pembeli Gula-gula
Tersebutlah kisah, di negeri Indra Kayangan, ada seorang pedagang yang akan menetap di negeri yang jauh dari kampung halaman. Maka, sang pedagang pun berhajatlah ingin membeli gula-gula sebagai persiapan di negeri orang. Gula-gula ini sangat penting kerana tanpanya sang pedagang akan merempat di jalanan. Dek kerana kecanggihan teknologi, sang pedagang pun mencari kedai yang menjual gula-gula. Cari punya cari, jumpa seorang saudagar yang sanggup membantu sang pedagang untuk mencari gula-gula tersebut. Saudagar-saudagar lain yang ada di situ tersangatlah sombong orangnya, tidak mahu bertegur sapa, apatah lagi membantu. Tragisnya, si saudagar yang ingin membantu tadi pula dimarahnya teruk-teruk oleh kerana hal dalaman.
Jadi, setibanya sang pedagang di rantauan, dia pun bersama-sama Saudagar pergi membeli gula-gula. Sang pedagang bersetuju ingin membeli gula-gula tersebut kerana janji-janji yang ditaburkan oleh Saudagar manis-manis belaka. Maka, terkesimalah Pedagang apabila melihat gula-gula yang diidamkan di depan mata tidak seperti yang digambarkan. Malah, pahit, bersemut serta terlalu ramai yang berkongsi gula-gula tersebut, hingga tinggal sedikit sahaja bahagian untuk sang pedagang. Arakian, sang pedagang pun berfikir, "kalau hamba tak jadi beli gula-gula ini macam mana?" Sudah tentu, Pedagang risau akan nasib Saudagar sebab nanti Saudagar akan menanggung rugi. Tapi, dua dua pihak telah berjanji. Dua dua pihak telah mungkiri janji. Cumanya, sang Saudagar yang memungkiri janji dahulu, lepas tu baru si Pedagang turut tak tepati janji. Konklusinya, memang dua-dua telah bua salah antara satu sama lain.
Hatta setelah banyak perjanjian dan persetujuan dimeterai antara dua-dua pihak.....kesemuanya bersetuju untuk menanggung rugi. Pedagang, walaupun telah membeli gula-gula baru, tetap akan bayar harga gula-gula lama sebab dia pernah rasa sikit gula-gula itu. Saudagar pula terpaksa menyimpan gula-gula itu dan menanggung harga yang mahal juga. Dua-dua kena bayar, dua-dua rasa pokai. Hahaha. Tapi, apa yang pedagang geram, saudagar-saudagar lain yang pada awalnya tak nak bantu cari gula-gula, tetiba marah + hentam dirinya. "Eh, ape kes ni nak marah marah orang pulak. Da la tak nak tolong masa mula-mula sang Pedagang sampai, lepas tu sibuk nak masuk campur pulak" monolog si Pedagang.
Ye la, bila pedagang da setuju nak tanggung salah, si saudagar pun angguk je, maknanya dua dua setuju la kan. Tak tahu la pulak kalau Saudagar sebenarnya angguk, tapi tak paham pun apa yang dia angguk. Cubalah bersuara sikit wahai saudagar. Asyik diam je. Macamana?? Sang Pedagang jugak tak de pulak mintak tolong saudagar-saudagar lain yang banyak fulus tu tolong bayarkan pun. Eh, tak paham betul la cerita hikayat berbelit-belit ni.
Jadi, sebagai pengakhirannya, sang Pedagang rasa kecewa sebab banyak sangat campur tangan dari pihak-pihak luar yang tak tahu hujung pangkal cerita. Asal tahu tengah-tengah je, terus nak fire-fire orang pulak kan...Patutnya, dengar dulu kisah pedagang dengan saudagar, baru buat judgement. Jangan jadi Ultraman, fireeee je terus... wakaka.
Sekian, Hikayat Putar-Belit.
rupa yang cantik bukan penentu segalanya. INGAT!
0 comments:
Post a Comment