Feb 8, hari yang sangat bermakna for us di Toronto. Snow turun mencurah curah tanpa ada tanda nak berhenti. Ala-ala hujan lebat musim tengkujuh. Hari tu hari Jumaat. Alhamdulillah sejak bermulanya semester baru ni, setiap Jumaat kami buat gathering dengan rakan rakan Muslimah, buat sedikit pengisian rohani sekadar mampu. Seperti yang dirancang, minggu Feb 8 tu pulak janji nak buat di rumah senior kami. Lokasi yangagak jauh sebenarnya. Tapi demi janji, dan demi "the seeking of knowledge" kami gagahkan diri bergerak ke sana. Salji setinggi lutut ni. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat pulang. Ada hikmah buat usrah jauh jauh. Kalau tak, tak dapat main salji. Bila hati dah kurang merungut perihal salji lebat, dan dan tu rasa Subhanallah, cantik sangat salji ni. Putih, gebu. Takdelah sejuk sangat kalau dah lama-lama main dengan salji tu. Erm, mesti rindu betul dengan suasana macam ni nanti. Tetiba rasa alangkah bagusnya kalau dapat dilambatkan waktu. Berdebar nak habis pengajian Undergrads ni. Lepas tu, tak tahu lagi arah tuju hidup semua kan. Tapi...
Bila tengok video ni sepuluh tahun akan datang, mesti terubat rindu. Mungkin lepas nangis sikit-sikit ah kot :)
Soundtrack yang dipilih bertajuk 22, by Taylor Swift. Lagu dalam her latest album. Sesuai pulak dengan suasana sekarang ni. Almaklumlah diri ini bakal masuk group "duadua" lagi 10 hari. Tak sabar. Tapi "hadiah" hari lahir dah banyak menanti. Nama je cuti seminggu, tapi lepas tu merana study/buat assignment. Takpelah, Allah dah janjikan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ada betulnya pepatah tu.
Insya Allah. Selepas hujan, akan ada pelangi :)
0 comments:
Post a Comment